Pembelajaran Berasaskan Projek (Hidupan Laut)
PENGENALAN Pembelajaran Berasaskan Projek ialah satu pendekatan boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang mahupun pendek berdasarkan jenis projek yang dilakukan. Pendekatan ini adalah proses pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. ia melibatkan analisis data dan penyediaan satu laporan yang betul. Walhal, kaedah projek ini menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu melalui pengalaman-pengalaman konkrit. Pembelajaran berasaskan projek (project based learning - PBL) adalah satu teknik P&P yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mult...