Pembelajaran Berasaskan Projek (Hidupan Laut)

 PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan Projek ialah satu pendekatan boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang mahupun pendek berdasarkan jenis projek yang dilakukan. Pendekatan ini adalah proses pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. ia melibatkan analisis data dan penyediaan satu laporan yang betul. Walhal, kaedah projek ini menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu melalui pengalaman-pengalaman konkrit. 

     Pembelajaran berasaskan projek (project based learning - PBL) adalah satu teknik P&P yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen 4C (Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (multiple intellegent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Ia memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami suatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna.


PROJEK

Projek yang telah kami lakukan adalah projek hidupan laut untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan projek ini dilaksanakan dalam tempoh selama tiga minggu. Projek ini dijalankan secara berterusan selama tiga minggu kerana projek ini melibatkan proses mencari, mencipta, dan melaksanakan dan seterusnya menyelesaikan projek sehingga selesai. Projek hidupan laut ini ialah habitat kepada hidupan laut melalui pelbagai bentuk hidupan yang tinggal di dalam laut. Di dalam hidupan laut ini ianya mempunyai pelbagai jenis hidupan yang ada seperti terdapat ikan-ikan, terumbu kerang, anjing laut dan juga penyu, termasuk virus, bakteria, alga, tumbuhan, kulat dan haiwan, tinggal di dalam laut, yang menyediakan pelbagai habitat dan ekosistem laut.

   Seterusnya, projek yang dilaksanakan ini dijalankan dalam jangka masa yang pendek iaitu memerlukan tiga minggu dalam melaksanakan projek hidupan laut tersebut dan seramai sepuluh orang yang melaksanakan projek hidupan laut ini.


Cara pelaksanaan projek yang dipilih

Minggu Pertama (Perbincangan dan Pencarian Bahan

1. Ahli kumpulan membuat perbincangan tentang projek yang akan dilaksanakan dan projek yang menjadi pilihan ahli kumpulan adalah tentang Hidupan Laut. Setelah itu, perbincangan diteruskan dengan pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk melaksanakan projek. 

    Ahli kumpulan bersama-sama mencari BBM untuk melaksanakan projek ini dan antara bahan yang akan digunakan bagi projek ini adalah kotak, kertas warna,kertas lutsinar, glue gun, benang, warna air, glitter, pencungkil gigi, batang stick, pom-pom,kertas flannel, maker, pensil warna, tumbuhan hidup dan tumbuhan plastik.



Minggu Kedua (Pelaksanaan Projek) 

Pada minggu kedua ahli kumpulan mulai melaksanakan projek hidupan laut iaitu ahli memulakan dengan pembahagian tugas Setiap ahli kumpulan, iaitu terdapat beberapa ahli yang melaksanakan bahagia melukis ikan, membuat origami, mewarna, menggunting dan melekatkan bahan-bahan yang digunakan ke dalam kotak yang menjadi dasar laut bagi hidupan laut. Setelah itu ahli kumpulan memulakan projek dengan bahagian masing-masing sebelum menggabungkan kesemua hidupan laut yang dibuat

       


Minggu Ketiga (Sambungan Pelaksanaan Projek  Penyelesaian dan Projek Terakhir) 

1. Pada minggu ketiga ahli kumpulan menyambung  pembuatan projek hidupan laut dimana masing-masing mempunyai tugas untuk menyiapkan projek tersebut. Untuk hidupan dalam laut ahli kumpulan menambah bahan-bahan yang boleh mencantikkan dan yang boleh dibuat untuk penambahan hidupan laut yang terdapat dalam projek ini.  Selain itu ahli kumpulan hanya membuat hidupan dalam laut serta hiasan yang perlu dalam hidupan laut untuk menghidupkan lagi suasana dalam hidupan laut. Akhir sekali, ahi kumpulan mula untuk melengkapkan keseluruhan projek yang telah dipilih iaitu hidupan laut. Ahli kumpulan membuat sentuhan terakhir dan memperbaiki bahan yang tertanggal agar menjadi lebih kemas dan menarik. Setelah menyelesaikan keseluruhan projek, ahli kumpulan juga mengambil gambar ahli kumpulan berserta dengan projek hidupan laut yang telah selesai. 

              

                                           


KELEBIHAN PROJEK

1. Dapat membantu kanak-kanak mempelajari Hidupan Laut melalui pembuatan atau penciptaan haiwan yang terdapat dalam projek. 

2. Meningkatkan minat pembelajaran serta daya kreativiti atau imaginasi kanak-kanak ketika melaksanakan projek ini.

3. Memupuk semangat kerjasama dan sifat yang positif berasaskan kerja projek iaitu melalui kerja kumpulan. 

4. Membantu perkembangan kanak-kanak atau pelajar dari aspek perkembangan kognitif melalui penciptaan dan pemerhatian tentang hidupan laut.

5.  Mewujudkan komunikasi yang positif serta perhubungan kolaboratif dalam kalangan kanak-kanak atau pelajar yang mempunyai pelbagai kaum dan agama terutama dalam kerja berkumpul.


KELEMAHAN PROJEK

1. Tidak semua hidupan laut terdapat dalam projek dan terdapat beberapa hidupan laut yang tidak ada di dalam projek ini.

2. Menimbulkan salah faham atau pergaduhan apabila kanak-kanak berebut untuk membuat sesuatu haiwan atau hasil yang lain.

3. Beberapa bahan yang kurang sehingga menyebabkan beberapa haiwan atau hidupan laut tidak dapat dibuat.

4. Terdapat penggunaan bahan yang kurang sesuai serta membahayakan keselamatan kanak-kanak dan memerlukan pemantauan daripada orang dewasa.

5. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan mudah tertanggal serta mudah rosak dan perlu sentiasa diperbaiki.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran. Tambahan pula, Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Strategi ini lebih menekankan kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna. 

    Selain itu, pembelajaran berasaskan projek ini juga mestilah mempunyai langkah-langkah atau urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan. Akhir sekali,seperti yang kita tahu pembelajaran berasaskan projek ini juga mempunyai beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang tertentu melalui projek ini. Oleh yang demikian, pembelajaran berasaskan projek ini ia memberi peningkatan dalam semua aspek  jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).


RUJUKAN 

https://winglan1984ssfbq.blogspot.com/2021/03/pembelajaran-berasaskan-projek.html

https://www.scribd.com/doc/141128414/Apakah-Pendekatan-Projek

Cara buat URL Blogger. Blogger Tips: Tips Memilih URL Bloh. Retrieved from :                                         http://thekakaklegend.blogspot.com/2014/02/blogger-tips-tips-memilih-url-blog.html?m=1


LAMPIRAN

Sebelum 


    


Semasa








Selepas

           










Comments